Assalamualaikum semua :)
Lately ni, rasa macam rajin semacam nak update blog kesayangan nih. ^_^ (senyuman manis)
Macam pelik je tajuk entry kali ni. Hmm. Siapa ada gastrik kat sini, sila angkat tangan ! Haa, kita kamceng! #ehh
As student, memang tak dapat lari dengan kerja yang bertimbun-timbun tu.
Meeting, assignment, do revision, makan, tido, borak,mengorat(eh, mana ada) itu perkara biasa.
Bangun pagi je,fikir "alamak! itu tak siap lagi! ini pun!."
Oleh disebabkan hal yang berikut, makan pun jadi tak tentu. So, diri ini yang dah lama kena gastrik sejak dok SMS Labuan lagi, haa, ape lagi..derita laa.
Makan itu, keluar balik. Repeat process sampai lemau. Pastu baru tercari-cari ubat gastrik. Apa la nak jadi. Tu la, tak berdisiplin dengan masa. :(
*Dah jadi bestfriend dengan ubat gastrik ni.
Actually, nak kata tak makan, kome makan je. Siap baru-baru ni berat naik 0.7kg lagi tau tau. Malu sikit kek orang. Dalam hati selalu cakap macamni, "My Gucchii, kena diet ni, kena diet ni, kena diet ni.." But the result, Gastrik? Yes. Mungkin sebab jadual makan yang sebelumnya tak sama. Cik perut ni selalu merengek, meragam, menendang minta makanan. Haiihh.
Usually, gastrik berlaku bila kita stress, makan tak jaga, kesan pengambilan ubat, makan terlalu banyak benda-benda yang berasid dan berminyak, pedas dan so on. (Betulkan jika saya silap :)
Mungkin peeps over there dah tahu cara untuk elak gastrik berulang. Mungkin ini hanya sebagai ingatan. Mungkin jugak nasihat. :)
1.Makan
secara bijak.
-Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat
perubahan pada jadual makan. Boleh kalau nak makan lebih kerap, tapi dalam
kuantiti sedikit tau. Atleast, dia boleh lindung perut waktu asid nak keluar tu.
-Next, elakkan makan makanan yang bole bagi kesan pada perut seperti
makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
-Kurangkan minum minuman beralkohol. As muslim, alhamdulillah kita tak ambik benda ni. As you know, alkohol boleh mengganggu penghasilan
mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau
berdarah.Bahaya kan.
2.Berhenti merokok.
Kepada guys di luar sana. Take note, okeh. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan
pelindung dalam perut. Merokok ni sebenarnya menggalakkan penghasilan asid
perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko
ulser bertukar menjadi kanser. Nak derita ke taknak? Fikir secara rasional :)
3.Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
Mungkin ubat 'A' tak sesuai. Jumpa pharmacist atau doktor untuk maklumat lebih lanjut.
4.Belajar mengendalikan stress.
Tekanan meningkatkan penghasilan asid
perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan
seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat
gejala gastrik. Tekanan juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan
strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai
masalah kulit misalnya jerawat dan etc.
So, kawal emosi tau. Banyak-banyak berdoa bagi kita yang muslim..in shaa Allah selamat semuanya.
Okay semua. Dah dapat kan?
Ini sedikit sebanyak mengingatkan awak-awak dan saya juga.
Sebenarnya, entry ini di tulis semasa penulis tengah sakit perut kena gastrik.
Bila sakit, mula lah nak insaf kan..Tak gitu..hiks ( kunyah ubat gastrik)
Dah lewat dah, my roomates dah mimpi sampai ke kayangan dah tu. Me masih menaip bertemankan lampu meja yang liplap liplap nak rosak dah.(lampu hostel la katakan)
Thanks sebab sudi membaca entry tuan hamba yang tak seberapa ni. Sayang kalian.
Take care semua.
Semoga selamat semuanya.In Shaa Allah.
Assalamualaikum. :)

No comments:
Post a Comment