Tuesday, 4 March 2014

Attention, Pleaseee !

Assalamualaikum..Hai everyone.



Pernah sakit macam demam, pening, selesema and so on, tapi kalau saya kena sakit macam tu, rase need someone's attention.

Yes! Masa sakitlah perasaan saya EXTRAAA SENSITIFFF. Taktau kenapa.
Jangan marah, Jangan tengking, Jangan buat dek. Saya akan terasa. Sangatttttt terasa. *sobs

Pernah kena marah masa sakit. Then, bila kena kali kedua, jangan cakap lah, air mata berjurai jatuh tak putus-putus. Ke saya sorang je yg macam tu? hmm. Pelik, kan

Tapi yang paling tak bleh blah bila saya akan lebih sensitif dengan orang yang paling saya sayang.
Misalnya, adik call. Saya akan kurang bercakap. Tapi saya taknak drop call dia. Saya akan selesa dia ada dalam telefon. Means, dia ada dengan saya. *jauh di mata, dekat di hati*
Namun, bila senyap je, mesti dia akan cakap,

    "Ateh berehat la ye. Jangan lupa makan ubat. I letak telefon ye.  Love you."

dan,...

   I'll cry for no reason. Sedih woo bila kita sakit sorang-sorang. And saya akan mengomel sambil menangis *drama*, 'U sengaja kan nak letak fon. Malas layan ateh la tu. Sampai hati..wuwuwu'.
But, kalau difikir secara logik, actually adik saya tu nak saya banyak berehat. Well, orang sakit kan kena banyak berehat. Dia taknak kacau. Haihh, tak faham jugak kenapa boleh fikir sampai macamtu sekali. At the end, merajuk tak pasal-pasal. Benda ni banyak jugak terjadi kat cik abang. Beliau pun selalu jadi mangsa. Thanks sebab selalu sabar dengan saya. 'Im sorry. I didn't mean it'.  :'(




 Itu namanya manja atau gedik atau sengaja carik pasal? hahaha.
Tapi, selagi mereka sayang saya, mereka faham perangai saya macamna.
Ni masa sakit je tau. TERLEBIH GEDIKK sebenanya. hewhew.
Setakat tu je perkongsian perangai pelik beta.
Nak sambung buat keje yang berlambak tu.

Till then, thanks everyone. Byee ;-)









Monday, 24 February 2014

Bahana tidur lepas asar

Assalamualaikum,

Penat jugak harini. Kelas seharian. Balik kelas, pegi makan, badan mula rasa letih mata nak terlelap.
Lelap jap 10 minit.

.....................................

bangun tengok jam*
'Alamak! dah jam 7.40! magrib tak lagi' -.-

Bila selesai semua, mood terus layu je..rasa sebak, nak nangis, teringat kisah dulu-dulu :'(

Haa, pernah alami situasi macam ni tak?
Mesti penah kan? Macam ni la terjadi kat diri ini. Tadi tido jap jam 7.15 pm. Bangun je, terus rasa mamai, sedih, dan jadi pendiam terus.

Bahaya tau tido lepas asar.
Boleh jadi gila kalau tido lebih 40hari berturut-turut.


Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.





Lepas baca artikel ni, rasa sedih. Aduh, nape tidur jugak tadi! =.='
Okay, pasni, kalau rasa nak tido pun, kena tahan.
Kalau mak tau, siap la kena ni..huhu


Okay, setakat ini perkongsian untuk hari ni. Take care semua ^_^

Monday, 17 February 2014

Hai Sem 6!

Assalamualaikum.

17 Feb 2014. Sem 6 datang. Bermula la stress + happiness + kecut perut datang.
Even,  ada 3 je final, tapi subjek sem ni agak mencabar .

So, untuk sem baru ni, beta berazam nak berjimat. Kihkihkih. *Ada target lain, sebab tu jimat tu*

In shaa Allah tinggal 2 sem je lagi sebelum LI, kena kuat semangat, takmo nangis2, nak hangout ngan buddies yang kepala sama je gila2. For me, mereka pengubat rindu dendam, lara duka sepanjang duduk sini. Yeah, mereka ibu bapa saya kedua di sini. Lili, thanks for your advices,thanks cos always dengar bebelan tak puas hati, komen itu ini, and awak adalah kawan saya yang sporting.  For my roomates, shifa, ju, yana, imah, mira, miza and hajar, thanks for everything. Bila duduk dengan dorang, kenal dorang macam mana, baru diri ini terasa bahawa manusia ni berbeza. Mampu tersenyum di hadapan jutaan manusia, namun hanya diri sendiri yang tahu pedih jerih yang dialami. Bila bersama, kita mampu bergelak tawa berjam-jam lamanya dan boleh menangis bersama-sama. ITULAH ERTI KAWAN YANG SEBENARNYA. *sebak

Dan ukhwah tu macam tu lah,
Gembira biar sama2,
Sedih nanti pun ade yang tolong lapkan air mata,
Jauh mane pun kita langkah nanti,
Biar ade name mereka dalam doa kita,
Tu lah tanda..
Kuatnya tautan hati-hati kita..

I love my faculty. Suka dengan suasana yang sesak. Keramaian sebegitu menyebabkan diri ini terasa bersemangat nak study. Saya pernah jatuh, menangis dan terluka. Yeah, sangat pedih. Tapi, apa salahnya sekarang kita bangkit. Belum terlambat lagi. ALLAH ada. Banyak berdoa. DIA saja yang faham kita, kenal kita macam mana. Berusaha. Buktikan kepada meraka yang kita boleh. In shaa Allah. :)

Apepun, kita kena ikhlas dengan diri sendiri. Be yourself. Bila jadi diri sendiri, others can feel you. Ikhlas buat hati tenang. Tawakal dan sentiasa tersenyum. Allah ada. Allah ada. Awak tak keseorangan. Ingat tu. :')

Sem 6 buat hati ni lebih berhati2, kena bijak dalam mengatur segalanya. Amiin.
Ikhlas  datang dari hati nurani. Sem 6, please be nice to me.