Monday, 24 February 2014

Bahana tidur lepas asar

Assalamualaikum,

Penat jugak harini. Kelas seharian. Balik kelas, pegi makan, badan mula rasa letih mata nak terlelap.
Lelap jap 10 minit.

.....................................

bangun tengok jam*
'Alamak! dah jam 7.40! magrib tak lagi' -.-

Bila selesai semua, mood terus layu je..rasa sebak, nak nangis, teringat kisah dulu-dulu :'(

Haa, pernah alami situasi macam ni tak?
Mesti penah kan? Macam ni la terjadi kat diri ini. Tadi tido jap jam 7.15 pm. Bangun je, terus rasa mamai, sedih, dan jadi pendiam terus.

Bahaya tau tido lepas asar.
Boleh jadi gila kalau tido lebih 40hari berturut-turut.


Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.





Lepas baca artikel ni, rasa sedih. Aduh, nape tidur jugak tadi! =.='
Okay, pasni, kalau rasa nak tido pun, kena tahan.
Kalau mak tau, siap la kena ni..huhu


Okay, setakat ini perkongsian untuk hari ni. Take care semua ^_^

No comments:

Post a Comment